Ass.wr.wb
Dari sahabat kita mas Joni Erwoko....mengenai air zam-zam....
Sesuatu yg sederhana tapi sering kali kita lupa .....
Penemuan yg menakjubkan
Assalamualaikum
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib diketahui bersama, kenapa dgn
keizinanNYA air penawar bisa menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah
petikan dibawah:
Pada 10/10/02 (Kamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah
menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak bisa
hidup tanpa air, dan manusia tidak bisa hidup tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa dia berkesempatan menghadiri satu seminar
mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana
kebanyakan participant yang hadir terdiri dari non-Islam kecuali 2 orang
(Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg ahli tetang air dari Jepang. Beliau
menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan
dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekalian. Sampel-sampel air yang
diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah bermacam-macam bentuk susunan molekul-molekul air
tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak
begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebaga inya) rupa
yang menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air
yang lain tetapi ternyata molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya akan
tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya
tunjukkan tadi"
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air
yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),
bersinar-sinar dan sinarnya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi
12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara
kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan
kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu
adalah sampel air zam-zam".
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya
"Beri tahu saya sebab kenapa anda berkata air itu adalah air zam-zam.
"Karana tahua air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab
Pensyarah.
Profesor berkata "Saya tak tahu betul atau tidak air zam-zam itu mulia
tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi
rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat
experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa
bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada
air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji
bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak
molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg
panjang dan perut yg buncit). Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca
dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air
seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh
Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah
diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah..... daripada ceramah yang U staz sampaikan ini marilah kita
sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :
"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air
itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka
masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".
Tambahan
Bukan setakat air sahaja yang memahami serta ingin menghayati ayat ayat
suci Al Quran, malah segala makhluk yang tidak berakal memerlukan demikian
juga. Sedarilah kalau di suatu taman yang penduduknya hampir kesemuanya
berugama Islam; air, tumbuhan tumbuhan, batu, binatang binatang dan lain
lainnya ternanti nanti dari umat Islam untuk mengalunkan Al Quran, sambil
makhluk makhluk tersebut bersama sama berzikir menyebut nama Allah swt serta
memohon ampun bagi orang yang membacanya.
Diakhir akhir zaman ini, yang menyedihkan kerana jarang sekali Al Quran
dibaca, kalau ada pun ketika Imam membacanya ketika solat.Cuba fikirkan
betapa hampa serta sedihnya makhluk makhluk ini kerana tidak dapat
mengdengar Al Quran dari mereka yang mengaku orang Islam; dan kita tidak
merasa malukah pada makhluk makhluk tersebut, sedangkan Allah swt telah
menjadikan kita dalam bentuk yang lebih sempurna jika dibandingkan dengan
batu, kayu dan sebagainya.
(source:petrochinamoslem milist)
Posted by irsalmurad
at 5:24 AM